Jgn copy la awok..

Thursday 19 September 2013

My besday...

Tq la hok mano smbut besday kite 2, wlaupun trikh sbenar adalah........
Dgn bau harus semerbak, ado blko dgn bau ike la, belace la, telur la..
Ape2 pon tq k.. Wan akan igt hari 2 smpai bilo2..
Mi, ely, anis, zati n blako la.. mls nk taip.. hu2..
N xlupo pado adik kecik kite ter..
nati besar cari abe wan tau.. hu2

Tq sgt.. Kali kedua besday wan d smbut..
Tp yg ni paling best, pling ngeri.. ha3..
Oh ya lupa.. Tq jgk cos bg kek coklat..
Kek favorite 2, alhamdulillah.. Tq tau..
Nnti bg la lagi..hu2..

Setakat ni jelah, lain kali plk.. hu2..
Tnggu tau giliran sapo plk.. hu3..
Wasallam..

Thursday 12 September 2013

RENUNGAN BERSAMA..

Ada tiga hal yang membuatmu menyesal dalam hidup. 
Pertama, selalu marah kepada orang yang menyayangimu. 
Kedua, berburuk sangka, padahal kamu tidak mengetahui yang sebenarnya. 
Ketiga, menyakiti teman, padahal dia telah berkorban untukmu.

Wednesday 11 September 2013

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH.....

(Sila Baca dan Hayatilah jika anda betul2 sayangkan ayah anda)

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Sayang Ayah sepanjang masa sayang Ibu membawa ke Syurga.

copy and paste..

Sunday 1 September 2013

KERANA LIDAH

Kerana Lidah
Adik beradik bergaduh,
kerana lidah
sahabat menjadi musuh,
Kerana lidah
boleh berdusta,
kerana lidah
badan binasa,
Kerana lidah
juga kita berdakwah,
kerana lidah
kita bercakap benar,
Kerana lidah
kita berukhwah,
kerana lidah
kita memuji Allah,

Lidah walaupun lembut tidak bertulang,
peranannya hebat sekali...
boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan..
boleh mempesona dan boleh meliarkan..
boleh menghasut dan boleh memujuk..

maka gunakan lidah dengan sebaik-baiknya..

Renungan untuk diri sendiri dan semua..

Koleksi Zikir

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala ujian milik Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah itu Maha Besar) adalah bacaan kesukaan Rasulullah s.a.w., yang nilainya melebihi dunia dan segala isinya. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata : "Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia." (Hadith Riwayat Muslim) 

Bacaan itu juga adalah tanaman syurga Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Pada malam israk, aku bertemu Ibrahim kekasih Allah. Dia berkata, : "Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu. Beritahu mereka syurga itu pasirnya sangat bagus, airnya sangat jernih dan menyegarkan. Syurga itu adalah sebuah lembah, tanamannya adalah bacaan, Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar." 

Subhanallah wa bihamdihi (Maha Suci Allah dan segala pujian untuk-Nya.) Rasulullah s.a.w. berpesan, : "Sesiapa yang pada sebelah pagi dan petang membaca Subhanallah wa bihamdihi sebanyak 100 kali, dihapuskan kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jabri meriwayatkan Rasulullah s.a.w.berpesan, : "Sesiapa yang membaca Subhanallah wa bihamdihi, ditanam baginya sebatang pohon kurma di syurga.

Subhanallah wa bihamdihi, subhanallahilazhim. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua kalimat yang mudah diucapkan, berat di timbangan, dan dicintai oleh Ar-Rahman adalah subhanallah wa bihamdihi, subhanallahilazhim.