Jgn copy la awok..

Sunday 1 September 2013

KERANA LIDAH

Kerana Lidah
Adik beradik bergaduh,
kerana lidah
sahabat menjadi musuh,
Kerana lidah
boleh berdusta,
kerana lidah
badan binasa,
Kerana lidah
juga kita berdakwah,
kerana lidah
kita bercakap benar,
Kerana lidah
kita berukhwah,
kerana lidah
kita memuji Allah,

Lidah walaupun lembut tidak bertulang,
peranannya hebat sekali...
boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan..
boleh mempesona dan boleh meliarkan..
boleh menghasut dan boleh memujuk..

maka gunakan lidah dengan sebaik-baiknya..

Renungan untuk diri sendiri dan semua..

No comments:

Post a Comment