Jgn copy la awok..

Wednesday 22 January 2014

Suara Sepi..

bicara dari bisikan suara hati
bagaikan buih-buih menghempas
terlontar ke pelusuk terdalam
di manakah untukku mencari teduhan
ke sebuah daerah kenyataan
yang di takluki milik kau dan aku..

walaupun sejuta coretan dalam helaian
madah-madah indah bisa kuhadiahkan
tak menjaminkan sebarang rasa
kerana keinginanku ingin menyusuri
dari hatimu yang teristimewa
kauadalah anugerah terpilih
membuka gerbang hatiku tanpa paksaan..

dan kuserahkan ketentuaan mengutuskan
memimpin ke jalanan beronak
menguji di setiap laluan berliku
dengan redha kuakan tetap harungi
biarpun di akhir nanti percikan manik menitis
hanya takdir akan merahsiakan jawapan..

engkau akan tetap nadi hidupku
dalam hembusan rindu
seandainya kau menakluki ke daerah lain
izinkan aku mengintai di kejauhan
hingga akhir waktu yang terhenti..


BudakNakal..

No comments:

Post a Comment